25-27/2/2011 – University Multimedia (MMU) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan kem peningkatan ICT. Sebanyak 500 pelajar dari pelbagai sekolah terlibat dalam menjayakan kem ini. SMKDARY telah menghantar sebanyak 10 orang wakil terdiri dari pelajar ICT dari Tingkatan 5. Kem yang berlangsung selama 3 hari ini memberi telah banyak pendedahan tentang ilmu ICT kepada para pelajar yang terlibat. Pelajar SMKDARY telah berjaya merangkul gelaran sebagai peserta terbaik sepanjang kem tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta yang berjaya…
No comments:
Post a Comment